fbpx

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Trend Dapur Terkini Malaysia 2021
Trend Dapur Terkini Malaysia 2021

Trend dapur terkini Malaysia 2021 – trend dan idea reka bentuk dapur terkini untuk tahun hadapan di Ba Li Kitchen Cabinet.

Ingin menaiktaraf Dapur anda? Mungkin anda akan menyukai pulau dapur yang bergaya serta perkakas dapur yang canggih. Daripada corak backsplash dapur atau skema warna kepada tekstur pintu kabinet yang gah. Atau mungkin, anda masih tercari-cari apa yang anda benar-benar mahukan dan ingin mendapat inspirasi? Sekiranya begitu, anda berada di tempat yang betul.

Tidak kira apa citarasa anda, daripada Dapur Klasik Putih hingga ke Dapur Dua Tona, dapatkan segala inspirasi Trend Dapur Terkini Malaysia daripada reka bentuk kabinet dapur terbaik kami di Ba Li Kitchen Cabinet.

1.

Trend Dapur Kompak Terkini untuk Ruang Dapur Terhad

Small Kitchen Shah Alam

Adalah penting agar perlu untuk anda pertimbangkan susun atur dapur yang terhad dengan teliti bagi memastikan setiap inci ruang dapur digunakan dengan efisien.

Reka bentuk dapur kompak semakin banyak kelihatan daripada kecekapan maksimum, Terutamanya bagi mereka yang menetap di rumah apartment, kondo dan juga rumah teres yang kecil.

2.

Dapur Tradisional dengan Campuran Moden

Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (9)

Walaupun dapur gaya tradisional masih popular, anda boleh ubahsuai gaya dapur ini dengan penggunaan warna kontemporari untuk memberikan sentuhan moden kepada dapur tradisional anda. 

Inilah yang telah kami lakukan dengan dapur Shaker yang baru, dengan kemasan warna moden Dark Grey di Bukit Sg. Long.

Lihat lagi Reka Bentuk Dapur Shaker ini di sini.

3.

Dapur Moden Minimalis - Tampak Lebih Sleek

Trend Dapur Terkini Malaysia 2021

Pendekatan minimalis ini mewujudkan ruang yang menenangkan dengan garis bersih. Penampilan kontemporari ini mudah dicapai.

Dengan pemilihan material pintu kabinet seperti Acrylic dan aksesori yang berkualiti tinggi meletakkan reka bentuk dan fungsi dapur moden yang sleek.

Reka bentuk Kaunter Bar juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan tempat untuk bersosial bersama keluarga dan kenalan rapat.

4.

Trend Dapur Dua Tona Untuk Personaliti Dapur Tersendiri

Trend Dapur Malaysia 2021

Ini adalah pendekatan yang bagus untuk menambahkan sentuhan menarik pada keseluruhan ruang dapur anda. 

Pemilihan warna unit kabinet gelap dan bezakan ia dengan warna yang lebih terang pada unit lain memberikan kontra pada dapur anda.

Dari kabinet hingga ke meja dapur, ia memberikan anda kebebasan untuk meneroka pelbagai elemen reka bentuk.

5.

Dapur Klasik Putih - Reka Bentuk Dapur Tak Lekang Dek Zaman!

Kitchen Island - Apa Anda Perlu Tahu?

Dapur Nyatoh Klasik Putih ini menambahkan sentuhan kemewahan dengan perincian ukiran kayu pada pintu kabinet dapur .

Gandingkan ia dengan tabletop Quartz Stone marmar yang cantik serta kemasan emas pada pemegang pintu kabinet.

Lihat lebih lagi Kabinet Dapur Klasik Teras Jernang di sini.

6.

Dapur Hitam - Karakter Dapur Terkini yang Gah!

Dapur Nyatoh moden yang dicat khas dengan warna Hitam sememangnya lain daripada yang lain.

Ia memiliki daya tarikan yang harmoni dalam gaya rumah ini dan tampak lebih istimewa bagi pemilik rumah ini.

Ia diperagakan dengan kemasan aksesori moden serta pemegang pintu kabinet berwarna emas memberikan reka bentuk dapur ini tampak lebih mewah!

Lihat lebih lagi Kabinet Dapur Moden Hitam Taman Tropika 2, Bangi di sini.

7.

Dapur Warna Lembut - Untuk Persekitaran Dapur yang Tenang

Trend Dapur Terkini Malaysia 2021

Walaupun warna gelap masih mendominasi reka bentuk kabinet terkini, kami melihat trend yang semakin meningkat untuk pilihan cat yang tenang pada kabinet dapur rumah.

Warna lembut seperti Light Grey akan memberikan suasana dapur yang menyegarkan.

8.

Susun Atur Dapur Penisula

Susun atur dapur Penisula ini bukan sesuatu yang biasa kerana reka bentuk dapur ini hanya tertumpu pada ruang dapur yang luas.

Akan tetapi, susun atur dapur berbentuk “J” ini mendapat perhatian yang terperinci bagi mewujudkan dapur yang efisien.

Anda boleh lihat bagaimana susun atur dapur ini pada blog Dapur Nyatoh Biru Puchong kami di sini.

Kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan reka bentuk dapur idaman anda! Melalui konsultasi, kami akan berikan reka bentuk, cadangan serta anggaran harga yang bersesuaian dengan ukuran, bajet dan keperluan ruang dapur anda.

Hubungi kami di Ba Li Kitchen Cabinet untuk dapatkan info lanjut mengenai kabinet dapur kami!

Lihat Lagi Blog