Blog ini akan mengajar anda beberapa cara untuk membersihkan tabletop anda serta mengekalkan meja dapur anda kelihatan rapi walaupun selepas kerap digunakan.
Tabletop di dapur adalah titik tengah dan komponen yang paling banyak digunakan.
Kotoran di dapur sering berlaku semasa kita melakukan kerja-kerja dapur khususnya memasak. Apabila anda menumpahkan sesuatu di permukaan tabletop seperti Quartz Stone, Granite mahupun Concrete, anda tak perlu risau, gunakan pembersih ringan seperti sabun dan semburkan di meja dapur itu.
Selepas itu, gunakan kain lembut untuk mengelapnya. Elakkan pembersih kuat seperti peluntur kerana ini akan merosakkan meja dapur anda.
Untuk kesan minyak, anda boleh menggunakan span pembersih yang lembut, rendam kawasan tersebut dalam masa yang singkat untuk melonggarkan zarah-zarah yang likat. Kemudian gunakan kain untuk mengangkat dan menghilangkan noda.
Untuk kesan kotoran kering, anda boleh menggunakan pengikis plastik untuk mengikisnya. Anda dilarang untuk menggunakan pisau tajam tepat di meja Quartz Stone anda kerana ia akan mencalarkan meja dapur anda.
Bagaimana anda menjaga tabletop setiap hari untuk meja dapur ini tahan lama? Ikuti langkah penjagaan dan penyelenggaraan ini supaya meja dapur anda dijaga dengan baik.
Selepas tempoh masa yang lama, anda mungkin akan berhadapan dengan permukaan meja dapur yang makin pudar, berwarna kuning kecoklatan atas kotoran yang paling degil tidak dapat ditanggalkan. Hal ini demikian kerana ia telahpun diserap ke dalam lapisan luar resin pada permukaan tabletop jenis ini dan perlu menutup semula atas meja ini.
Proses ini dipanggil “polishing” – di mana permukaan tabletop ini akan diemplaskan dengan pengemplas dan akan disalutkan semula dengan salutan resin yang baharu supaya ia dapat mengembalikan seri permukaan tabletop dapur anda.
Namun begitu, untuk membaiki tabletop ini, anda perlu dapatkan khidmat tukang pembuat meja dapur yang professional agar struktur serta ketahanan tabletop jenis batu ini tidak terjejas dan rosak.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi kami di
balikitchencabinet.com.my.my/contact-us/
Jangan lupa untuk mengikuti profil Instagram dan Facebook kami untuk info dan promosi terkini. Jangan ragu-ragu untuk terus berhubung dengan kami mengenai topik yang ingin anda lihat di blog kami.
Lebih Banyak blog