fbpx

Get 10% OFF

Get 10% OFF

REKA BENTUK DAPUR
@ Dapur Klasik Moden Bukit Sg. Long
Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (1)

REKA BENTUK DAPUR

MODERN CLASSIC

MATERIAL PINTU KABINET

SOLID NYATOH WITH CUSTOM SPRAY PAINT

TABLETOP

QUARTZ STONE

SAIZ DAPUR

12 FT (I-SHAPED LAYOUT)

Dapur klasik moden Nyatoh sememangnya kekal abadi – bahkan boleh meningkatkan nilai rumah anda jika anda buat dengan betul. Tema warna kabinet kelabu dipadankan dengan pemegang pintu emas serta tabletop Quartz Stone putih bercorak Marble ini menjadikan suasana dapur yang selesa dengan pencahayaan yang tepat bagi menampakkan perincian dapur yang anggun dan mewah.

Kini, ramai yang ingin sesuaikan reka bentuk dapur mereka dengan ciri-ciri moden yang menaikkan nilai estetika dapur idaman mereka. Melalui warna kabinet dapur pilihan anda, Ba Li Kitchen Cabinet memberikan servis sembur cat warna yang istimewa dan unggul untuk menceriakan dapur mengikut kesukaan pelanggan kami.

Tunggu apa lagi? Ayuh kita sama-sama merealisasikan dapur idaman anda!

Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (8)

Pemilihan Aksesori juga mainkan peranan penting dalam reka bentuk dan tema dapur yang efisien. Bagi memaksimumkan ruang penyimpanan kabinet dapur anda yang tersedia dengan bahagian dan aksesori tambahan harus menjadi tujuan utama untuk mengekalkan fungsi di ruang memasak anda.

Sebagai contoh, ruang rak pinggan yang tertutup menggunakan aksesori “Open Up Arm“. Ia berfungsi untuk menahan pintu rak pinggan semasa dibuka. Dengan pintu ini, ia menjadikan pinggan-pinggan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas – tanpa kelihatan.

Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (9)
Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (4)
Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (5)

Penggunaan carcass Aluminium pada kabinet bawah sinki berfungsi untuk langkah penjagaan kabinet kayu Nyatoh daripada kebocoran air di bawah sinki. Ia juga digayakan dengan reka bentuk pintu kabinet jenis Louver. Ini menampakkan perincian dapur klasik serta berfungsi sebagai pengudaraan pada kabinet bawah sinki.

Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (6)

Pencahayaan antara elemen penting dalam menata hias kediaman dan ia memainkan peranan utama untuk mencipta suasana menenangkan bagi setiap ruang. Lampu gantung yang dipasang di atas kitchen island serta downlight pada bawah kunit kabinet dinding memberikan personaliti pada ruang dapur anda.

Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (7)
Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (8)
Dapur Klasik Moden Bukit Sg Long (9)

Kombinasi Sempurna Gaya Dapur Klasik dan Moden.

Apabila berkaitan dengan reka bentuk dapur, ini bermakna keprihatinan adalah dua kali ganda untuk mewujudkan reka bentuk yang selesa, mesra dan bergaya dengan fungsi. Kerana dapur anda adalah tempat anda berkumpul dan menikmati bersama orang yang anda sayangi memasak, berbual dan makan.

Inginkan design dapur seperti ini?

Hubungi kami di Ba Li Kitchen Cabinet untuk anda dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kabinet dapur kami ini.

Kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, consultation serta quotation yang bersesuaian untuk dapur idaman anda.

Lebih Banyak Projek