fbpx

Apa Yang Anda Perlu Tahu
Tentang Kabinet Dapur
Nyatoh

Kabinet Dapur Nyatoh menonjolkan suasana dapur yang mewah yang menjadikan ia satu idaman semua pemilik rumah. Dengan perincian dan kemasan yang halus menampakkan reka bentuk dapur yang mewah lagi elegan serta tak dimakan usia.

Apa yang membuatkan kabinet Nyatoh istimewa menjadikan ia dapur idaman ramai? Mari kita lihat dengan lebih lanjut.

Apa Itu Nyatoh?

Kayu Nyatoh adalah salah satu jenis kayu asli yang terdapat di hutan hujan tropika di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Ia sering digunakan dalam pembuatan kabinet kayu padat (Solid Wood). Ia mempunyai butiran lurus yang ketat yang menyerupai kayu ceri. Permukaan kayu Nyatoh berwarna coklat gelap / merah.

Permukaan Kayu Nyatoh
Permukaan Papan Kayu Nyatoh yang belum diproses.

Kebiasaannya, pengilang kami akan memilih kayu Nyatoh gred A bagi memastikan kualiti papan kabinet terjamin. Oleh sebab itu, tempoh pembuatan Kabinet Dapur Nyatoh kami mengambil masa dalam 3-4 minggu. Hal ini demikian kerana kami mengambil berat tentang kawalan kualiti pembuatan kabinet kayu Nyatoh kami.

Kabinet kayu biasanya mempunyai pelbagai reka bentuk pintu yang boleh dipilih mengikut tema dapur anda.

Antara reka bentuk pintu kabinet yang popular adalah:

Pintu Kabinet Dapur Shaker
Pintu Kabinet Shaker

Shaker (Inset Panel)

Antara reka bentuk pintu kabinet yang sering menjadi pilihan untuk gaya dapur terkini. Mempunyai panel tersembunyi yang sederhana dan rata. Pintu jenis ini terdapat dalam reka bentuk yang lebih moden.

Pintu Kabinet Raised Panel

Raised Panel

Dengan reka bentuk panel tinggi di bahagian tengah, yang berbeza dengan sisi pintu itu sendiri. Memiliki sisi berkontur untuk memberikan penampilan dan gaya yang jelas. Pintu jenis ini biasanya digunakan untuk reka bentuk pintu tradisional.

Pintu Kabinet Arch

Arch

Panel pintu kabinet mempunyai alur dalam dengan bahagian atas berbentuk lengkungan yang jelas.

Cathedral
Pintu Kabinet Cathedral

Cathedral

Pintu kabinet ini dibulatkan dengan lengkungan di bahagian atas, inspirasi dari abad pertengahan Eropah.

Kedua-dua reka bentuk katedral bulat atau lengkungan lembut di bahagian atas menjadikan pintu kabinet bercirikan tradisional. Gaya ini berfungsi dengan baik di dapur Klasik English Cottage atau Country, yang mempunyai banyak ukiran kayu dan acuan terperinci.

Beadboard
Pintu Kabinet Beadboard

Beadboard

Panel pintu jenis ini mudah dikenali dengan rupanya: mempunyai panel kayu hiasan yang mempunyai alur menegak. Biasanya gaya pintu kabinet ini dapat dijumpai pintu kabinet ini di rumah gaya Perancis, country-style serta English Cottage.

Di samping itu, rekaan pintu kabinet yang lain yang boleh didapati di Ba Li Kitchen Cabinet termasuklah:

Louver
Pintu Kabinet Louver
Lattice
Pintu Kabinet Lattice
Pintu Kabinet Kaca
Pintu Kabinet Kaca

Apa Kelebihan Nyatoh?

Corak kayu yang natural menjadikan kabinet kayu ini sesuatu yang istimewa untuk ruang dapur anda. Tidak perlu bimbang kerana kekuatan kayu Nyatoh yang berkualiti sangat kukuh serta anti-termites.

Betul ke kayu Nyatoh anti-termites?

Ya, kayu padu Nyatoh adalah bahan yang sangat tahan. Berbanding dengan kayu lain yang cepat rosak akibat lembapan air, kulit kayu mengelupas dan pecah. Kabinet dapur kayu padu ini jauh lebih mudah untuk membaikinya daripada memasang kabinet yang dibina dari bahan lain.

Perincian pada kemasan kabinet dapur Nyatoh sangat halus dan disegani ramai. Dengan kualiti kayu Nyatoh ini yang bermutu tinggi, memang tak dinafikan ramai yang mengidamkan kabinet dapur Nyatoh dengan sifatnya yang timeless!

Kenapa Pilih Nyatoh?

Ia sering dipilih dalam pembuatan kabinet yang bermutu tinggi serta tahan lebih lama.

Material kayu ini pada mulanya sangat digemari oleh pemilik-pemilik rumah yang berjiwa klasik. Daripada tema English Cottage, Country-side, Rustic – bagi mereka yang inginkan permukaan kayu yang dikenakan salutan Varnish menonjolkan corak ira kayu yang sangat cantik.

Ataupun bagi yang ingin menggabungkan ciri-ciri moden. Anda boleh memilih warna kesukaan anda dan kami akan cat semburan khas (custom spray paint) untuk kabinet dapur idaman anda.

GALERI DAPUR NYATOH

Previous
Next

Tidak perlu segan silu untuk berhubung dengan kami di Ba Li Kitchen Cabinet sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis kabinet dapur kami.

Melalui rundingan, kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, cadangan serta quotation yang bersesuaian dengan keperluan dapur idaman anda


Dapatkan Dapur Nyatoh


Dapatkan Dapur Nyatoh

Anda juga boleh dapatkan anggaran harga Kabinet Dapur Kami melalui laman sesawang Instant Quotation kami.

Anda boleh pilih Material Kabinet Dapur, Tabletop, Unit Kabinet dan tetapkan ukuran dapur yang anda mahukan.

Klik disini untuk dapatkan Instant Quotation kami!

Aluminium vs Melamine

Two popular options that homeowners often consider are aluminium kitchen cabinets and melamine kitchen cabinets. Both materials have their own unique characteristics and advantages.
Read more

Follow Us On Our Socials

Ampang
Showroom
G-17, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima
68000 Ampang, Kuala Lumpur
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Shah Alam
Showroom
2A, Pusat Komersial Seksyen 7,
Jalan Plumbum P7/P,
40000 Shah Alam
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Seri Kembangan Showroom
D-1-2, Jalan Atmosphere 7,
Pusat Perniagaan The Atmosphere,
43300, Seri Kembangan
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Subang
Showroom
No. 1-1, Jalan U3/2 (BK)
Pusat Perniagaan Subang
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Rawang
Showroom
A7-1, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef
48000 Rawang, Selangor
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Sepang
Showroom
NO. 91-1 & 91-2, Jalan Warisan Sentral 1, KIP Sentral, Kota Warisan
43900 Sepang
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Build Your Dream
Kitchen With Us Today!
Get Discount Up to RM1,888 When Buy Kitchen Cabinet!
© 2024 BA LI KITCHEN CABINET (001838013-H)

Step 1 of 2

Select Appointment Type