fbpx

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

TIPS UBAHSUAI RUMAH ANDA

Pengubahsuaian rumah bukan sesuatu yang mudah, terutamanya bagi yang pertama kali menjejaki rumah sendiri. Tak kira apa pun sebab anda untuk memiliki rumah, semua orang pasti inginkan rumah yang sempurna serta untuk pelaburan masa hadapan.

 
Tips Ubahsuai Rumah Anda - 02
Photo by Tima Miroshnichenko from Pexels

Proses ubahsuai rumah ini sebenarnya agak mudah jika anda tahu serta rancang apa yang perlu dilakukan. Jadi, sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat dan tip dari pelbagai sumber termasuk pereka dalaman, kontraktor yang profesional serta pemilik rumah lain yang berpengalaman dalam mengubahsuai rumah.

Terdapat beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk ubahsuai rumah anda.

1. Tetapkan Reka Bentuk Yang Anda Mahu

Sebelum membuat apa-apa rancangan, anda perlulah mempunyai gambaran awal tentang apa yang diimpikan. Dari segi tema, reka bentuk serta susun atur rumah yang bersesuaian dengan ruang rumah sangat penting untuk anda tetapkan bajet serta apa jua yang digambarkan.

Photo by Karolina Grabowska from Pexel
Photo by Karolina Grabowska from Pexel

2. Tetapkan Bajet Mengikut Pelan Rumah Anda

Tidak salah jika anda memilih untuk berjimat cermat. Dalam pengubahsuaian rumah, pastikan anda sudah tetapkan bajet dan sentiasa ambil tahu berapa nilai tersebut. Ianya sangat penting untuk memastikan anda masih mempunyai simpanan dan tidak terlebih berbelanja pada kebendaan yang tidak perlu.

Tips Ubahsuai Rumah Anda - 04
Photo by Thirdman from Pexels

Anda juga boleh menguruskan semua aspek pengubahsuaian daripada mendapatkan sebut harga – “quotation” dari pembekal kepada memilih barangan yang sepadan dan sesuai kerana sudah mempunyai gambaran jelas tentang apa yang dimahukan.

Namun begitu, anda juga harus mempunyai Pelan B atau mengetepikan sebahagian daripada bajet anda sebagai wang kecemasan. Hal ini demikian kerana anda tidak tahu apa yang akan terjadi apabila mulanya proses pengubahsuaian rumah.

3. Cari Pereka Dalaman / Kontraktor yang Berwibawa DAN Berdaftar

Cari kontraktor, tukang kayu, dan pereka dalaman yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Ianya sangat penting kerana kontraktor yang tidak berdaftar mungkin memberi renovasi yang berkualiti rendah dan mungkin akan ada penyelewengan yang boleh menyebabkan kerugian yang besar. Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan siapa kontraktor yang anda berhubung untuk dapatkan info serta sebut harga ubahsuai rumah anda.

Photo by Anthony Shkraba from Pexels
Photo by Anthony Shkraba from Pexels

Pada mulanya, mungkin sukar untuk mereka memahami gaya dan keperluan yang anda mahu, ataupun mungkin tidak dapat memberi harga yang sesuai dengan bajet anda. Namun, dengan perbincangan yang baik, ianya dapat dicapai dengan keinginan anda serta dapat mengetahui kos pengubahsuaian rumah anda kelak.

Anda juga boleh kaji selidik kontraktor profesional yang berpengalaman dengan pengubahsuaian di lokasi rumah melalui jiran tetangga. Kontraktor yang sudah biasa membuat pengubahsuaian di kawasan perumahan tertentu lebih arif dengan keadaan apa yang sesuai di sana.

Jadi, anda mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan dari kontraktor yang sama untuk hasil kerja yang memuaskan!

4. Lakukan Pemeriksaan Rumah Terlebih Dahulu

Majoriti pemilik rumah yang mempunyai pengalaman dengan kerja-kerja pengubahsuaian akan menasihatkan anda supaya melawat tapak kerja perumahan dengan kerap. Di samping itu, anda perlu melakukan pemeriksaan rumah secara berkala.

Kalau anda sentiasa memberi perhatian kepada kerja-kerja pengubahsuaian semasa melawat, anda mungkin boleh mengesan jika terdapat apa-apa masalah ataupun isu yang ada dengan lebih cepat dan boleh menunjukkan masalah tersebut pada pekerja.

Tips Ubahsuai Rumah Anda - 01

Pastikan anda memeriksa setiap ruang yang sedang diubahsuai dengan jelas supaya anda akan tahu terlebih dahulu jika terdapat cat mengelupas, kebocoran pada bilik air dan dapur, lantai yang tidak rata atau masalah-masalah lain.

Semua ini sangat penting dan mestilah diuruskan terlebih dahulu sebelum meneruskan pekerjaan ubahsuai rumah.

Untuk info lanjut berkenaan dengan pemeriksaan rumah, boleh klik disini.

SECARA KESELURUHANNYA...

Perancangan dan belanjawan yang dibuat pada peringkat awal pengubahsuaian rumah adalah sangat penting kerana anda boleh menyimpan sedikit sebanyak baki wang tersebut untuk membeli aksesori rumah yang lain.

Anda juga boleh menggunakan baki wang yang ada untuk mencantikkan bahagian dalam rumah dengan tumbuhan! Sedikit kehijauan pasti akan memberi suasana rumah anda yang tenang.

Sekiranya anda masih lagi mencari idea pengubahsuaian dapur ataupun rumah, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

Kami di Ba Li Kitchen Cabinet dengan senang hati akan menjawab soalan anda dan berkongsi idea kami.

Tiada masalah untuk merancang kabinet dapur baru anda dengan kami!

Rundingan dan Site Visit secara PERCUMA!

Anda tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk meninjau semua Showroom yang sedia ada. Sebaliknya, kami akan datang ke rumah anda untuk:

  • Ukur dapur anda.
  • Tunjukkan contoh reka bentuk & material kabinet/tabletop.
  • Lukiskan Design terbaik dan bersesuaian dengan ruang dapur anda.
  • Beri Quotation Kabinet yang TEPAT – tanpa ada cas tersembunyi.
 
Semuanya adalah PERCUMA!

Berhubung dengan kami di info@balikitchencabinet.com.my

atau WhatsApp kami sekarang di talian +6012 363 6410 untuk dapatkan site visit appointment kami secara percuma!

Lihat Lagi Dari BA LI KITCHEN CABINET
White and Mystic Blue Melamine

Modern White and Mystic Blue Melamine

The modern white and mystic blue melamine kitchen cabinet with a white granite tabletop is a stunning addition to any kitchen. The combination of these two materials creates a contemporary and stylish look, while also providing durability and functionality.

Read More »

Kitchen Cabinet Ideas for Small Kitchens

In this article, we will explore a range of smart kitchen cabinet ideas tailored specifically for small kitchens. From maximizing storage to creating the illusion of space, these ideas will help you make the most of your petite culinary haven.

Read More »