Batu Granite adalah batu semula jadi dan sifat batu ini sebenarnya mempunyai rongga-rongga halus yang boleh menyerap air. Jadi ia perlu dijaga dengan teliti. Kotoran, minyak, tumpahan air dan makanan mesti dibersihkan dengan segera.
Selain itu, antara kekurangan yang lain adalah:
- Bahan premium yang sangat mahal
- Kepingan mungkin mempunyai ketidaksempurnaan
- Boleh retak jika diberi tekanan yang kuat atau dipasang dengan tidak betul
- Pisau mudah tumpul bila memotong di atas tabletop Granite