fbpx

Get 10% OFF

Get 10% OFF

Dapur Seri Baiduri Apartment, Setia Alam

REKA BENTUK

modern tropical

MATERIAL PINTU KABINET

MELAMINE

TABLETOP

QUARTZ STONE

Apabila kita mengatakan reka bentuk dalaman tropika, kita biasanya memikirkan tempat dan kediaman dengan rasa musim panas, ataupun suasana di tepi pantai seperti Hawaii. Penampilan tropika dapat memberikan suasana rumah yang santai terutamanya bagi pemilik rumah ini di Seri BaiduriĀ Apartment, Setia Alam.

Ciri utama gaya ini adalah ukiran hiasan dengan motif pulau, tanaman ditekan dengan bingkai kayu eksotik. Namun begitu, anda tidak perlu risau untuk melaburkan wang anda untuk mencari bahan kayu eksotik asli yang memakan kos yang agak tinggi. Material kabinet Melamine adalah satu material yang mempunyai pelbagai pilihan tekstur yang boleh dipilih mengikut citarasa dapur yang anda inginkan.

Trend Dapur Malaysia 2022 - 06
Dapur Apartment Seri Baiduri

Warna adalah elemen yang sangat penting ketika anda bercakap mengenai hiasan dapur tropika. Warna yang berbeza akan memberi kesan lain kepada rumah anda.Ā 

Untuk hiasan dapur ini, kemasan tekstur kayu Melamine dipadankan dengan meja dapur Quartz Stone, backsplash yang kontras serta jubin lantai yang bercorak memberi impak yang sangat menarik.

Bila kita lihat pada keluasan ruang dapur di Apartment Seri Baiduri ini, ia tak dinafikan bahawa susun atur kabinet dapur perlu diambilkira dalam menetapkan ruang kerja dapur yang selesa bagi pemilik rumah.

Dapur Apartment Seri Baiduri

Berpandukan kedudukan paip, plag elektrik, pengcahayaan dan pengudaraan (tingkap), serta segi tiga kerja dapur (kitchen work triangle), susun atur dapur berbentuk-U dengan kabinet tinggi untuk ketuhar dan peti sejuk sangat sesuai untuk memberikan ruang penyimpanan yang maksimum serta penggunaan ruang dapur apartment yang optimum.

Kabinet tinggi (tall cabinet) direka khas untuk meletakkan ketuhar serta menambahkan ruang storan barangan.

Dapur Apartment Seri Baiduri
CATSSS! šŸ˜¼

Sekiranya anda benar-benar inginkan tata hias dapur anda atau ingin mengubah suasana dapur yang ada menjadi ruang ā€˜percutian kekalā€™ maka anda mungkin tertarik dengan reka bentuk dapur tropika ini.

Inginkan design dapur seperti ini?

Hubungi kami di Ba Li Kitchen Cabinet untuk anda dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kabinet dapur kami ini.

Kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, consultation serta quotation yang bersesuaian untuk dapur idaman anda.

Lebih Banyak Projek