Koleksi Dapur PPA1M Seruling, Putrajaya
Saiz rumah hari ini semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang didalam rumah perlu digunakan semaksima mungkin. Bagi pemilik rumah apartment di PPA1M Seruling, Putrajaya yang mempunyai anggaran keluasan rumah lebih kurang dalam 1,200 sq ft, kami bawakan 3 koleksi dapur yang kecil dan sesuai untuk apartment ini.

Kabinet kayu Nyatoh menonjolkan suasana dapur yang mewah yang menjadikan ia satu idaman pemilik rumah masa kini. Keanggunannya memiliki daya tarik abadi yang fleksibel dalam gaya dan mudah disesuaikan dengan pelbagai ukuran dapur, susun atur, dan reka bentuk. Lebih-lebih lagi apabila diperagakan dengan dua tona warna yang berbeza.
Lagi mengenai kabinet dapur Nyatoh, ia menawarkan segala-galanya dari reka bentuk pintu kabinet yang versatil. Ini adalah satu inspirasi yang anda perlukan untuk menjadikan warna putih berfungsi untuk ruang anda sendiri.
Kesemua warna yang dikenakan pada kabinet kayu Nyatoh adalah dari jenis semburan cat (spray paint). Hasilnya, pereka dapat membawakan sebuah kemasan yang sempurna pada material tersebut.

Tona putih yang dijelmakan bersama meja dapur hitam gelap memberikan wajah dapur yang menawan dan tampak kemas. Selain itu, penggunaan aksesori seperti sinki, paip air berwarna perak serta pemegang pintu emas sangat memberi impak yang besar dalam menggayakan kontra warna yang berani dengan reka bentuk kabinet dapur ini.
Dapur Moden yang diperbuat daripada Acrylic ini memberikan suasana dapur yang minimal. Penggunaan warna Biru dipadankan dengan corak meja dapur Quartz Stone memberi kontra yang hebat dalam suasana dapur yang sleek.

Memiliki ruang dapur yang kecil tidak bermaksud anda perlu korbankan impian anda untuk reka bentuk dapur idaman anda!
Dari idea penyimpanan dapur hingga petua rak pintar, anda boleh menjadikan dapur terkecil menjadi satu tempat kerja yang efisien untuk keperluan anda memasak. Dengan susun atur dapur serta aksesori dan perkakasan dapur yang bersesuaian dengan tema dapur, anda mungkin dapat memanfaatkan semua yang anda inginkan di dapur idaman anda.
Inginkan design kabinet dapur seperti di PPA1M Seruling, Putrajaya?
Hubungi kami di Ba Li Kitchen Cabinet untuk anda dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kabinet dapur kami ini.
Kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, consultation serta quotation yang bersesuaian untuk dapur idaman anda.
Dapatkan Quotation Kabinet
Dapatkan Quotation Kabinet
Lebih Banyak Projek