Corak kayu yang natural menjadikan kabinet kayu ini sesuatu yang istimewa untuk ruang dapur anda. Tidak perlu bimbang kerana kekuatan kayu Nyatoh yang berkualiti sangat kukuh serta anti-termites.
Betul ke kayu Nyatoh anti-termites?
Ya, kayu padu Nyatoh adalah bahan yang sangat tahan. Berbanding dengan kayu lain yang cepat rosak akibat lembapan air, kulit kayu mengelupas dan pecah. Kabinet dapur kayu padu ini jauh lebih mudah untuk membaikinya daripada memasang kabinet yang dibina dari bahan lain.
Perincian pada kemasan kabinet dapur Nyatoh sangat halus dan disegani ramai. Dengan kualiti kayu Nyatoh ini yang bermutu tinggi, memang tak dinafikan ramai yang mengidamkan kabinet dapur Nyatoh dengan sifatnya yang timeless!