Sliding Door Wardrobe dan Swing Door Wardrobe.
Hari ini, terdapat pelbagai jenis reka bentuk almari rumah yang anda boleh dapat, berdasarkan bahan kabinet, kemasan, warna, mekanisme, dan lain-lain lagi. Hal ini perlu diambil kira kerana sebarang pelaburan yang berkaitan dengan almari rumah akan digunapakai untuk jangka masa lama.
Perkara paling penting dalam menetapkan reka bentuk almari rumah anda adalah ia dapat memaksimumkan ruang bilik, menambah kapasiti penyimpanan barangan anda serta menyatukan tema dan hiasan bilik.
Oleh itu, kami nak kongsikan pada anda berkenaan dgn jenis pintu wardrobe yang ada di pasaran, iaitu Sliding Door Wardrobe dan Swing Door Wardrobe.
Almari Pintu Slaid (Sliding door wardrobe) adalah salah satu cara penyelesaian simpanan yang lebih kontemporari, tetapi juga merupakan pilihan terbaik untuk berfungsi dengan baik dalam pelbagai jenis bilik.
Jenis pintu mereka meluncur dari sisi ke sisi. Ia sangat memberi impak yang besar dalam memaksimumkan ruang bilik yang sempit.
Kelebihan terbesar almari ini adalah ia tidak memerlukan banyak ruang di hadapan, kerana pintu mereka meluncur dari sisi ke sisi. Ini membolehkan mereka berfungsi dengan baik di hujung katil, atapun pada laluan bilik yang sempit misalnya.
Almari sliding door juga cenderung nampak lebih besar, dengan lebih banyak ruang untuk barang-barang anda dan mereka lebih stabil, kerana mereka tidak bergantung pada engsel untuk menahan pintu. Selain itu, jika anda memilih almari pakaian sliding door yang bercermin, bilik anda akan terasa lebih besar dan tampak lebih moden!
Satu kelemahan kecil dari almari pintu pintu gelangsar ialah anda tidak dapat melihat sepenuhnya isi kandungannya pada satu masa. Namun begitu, seberapa mudah pintu dibuka, ini hampir tidak menimbulkan masalah (kecuali anda membukanya dengan kasar dan sliding door itu akan terkeluar dari rel almari ataupun cermin pintu akan pecah sekiranya anda menghempas pintu dengan kuat).
Jenis pintu yang paling biasa di mana ia dipasang pada almari dengan engsel disebut swing door. Ini adalah pilihan konvensional untuk almari rumah yang biasa kita boleh dapat di pasaran.
Reka bentuk almari pakaian berengsel anda boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu juga. Sama ada anda mahukan reka bentuk almari yang moden, ataupun almari pintu yang mengenakan ukiran kayu tampak lebih klasik.
Satu kelebihan utama yang dimiliki oleh almari jenis ini adalah bahawa mereka mempunyai jarak penglihatan yang lebih baik. Apabila pintu almari pakaian berengsel terbuka, anda dapat melihat keseluruhan isi kandungannya.
Almari pintu ini juga dapat dipotong agar sesuai dipasang di bawah siling dan tangga yang bersudut kerana boleh dibuat terbuka di sudut mana pun.
Terdapat beberapa kelemahan pada pintu berengsel. Ia mengambil lebih banyak ruang, lebih-lebih lagi apabila pintu almari terbuka. Anda harus berhati-hati dalam merancang susun atur bilik bila anda ingin menetapkan kedudukan almari pintu ini. Hal ini demikian kerana ia memerlukan ruang yang cukup untuk lalu lintas, perabot atau fungsi lain.
Engsel dan rangka mesti cukup kukuh untuk menampung berat pintu. Atas sebab ini, lebar pintu biasanya tipis. Sekiranya cermin digantung pada pintu berengsel, bingkai dan engsel perlu lebih kuat.
Engsel pintu almari juga perlu diambil perhatian kerana ia seringkali akan mudah rosak jika tidak diselenggara dengan baik. Sentiasa pastikan engsel pintu dalam keadaan baik, skru tidak longgar serta diminyakkan.
Kedua-dua jenis pintu almari ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Penting bagi pemilik rumah untuk menimbang semua aspek positif dan negatif mengikut ruang bilik yang sedia ada.
Sama pentingnya untuk mempertimbangkan nilai estetika almari pakaian dengan hiasan dan gaya keseluruhan ruang. Pilihan almari pakaian anda tidak boleh dianggap tidak sesuai di dalam bilik anda. Anda boleh memilih dari pelbagai material, accessories, dan kelengkapan almari untuk menyesuaikan suasana bilik pilihan anda. Tidak ada yang tidak sempurna dengan mana-mana pilihan tersendiri yang menentukan dekorasi ruang rumah anda yang sempurna.
Previous
Next
Ba Li Kitchen Cabinet adalah pengeluar kabinet dapur dan almari rumah terbesar di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dengan lebih 10 tahun pengalaman industri. Kami mempunyai reputasi dan pasukan yang berkaliber bagi membantu pelanggan kami untuk mendapatkan kabinet yang berpatutan serta bersesuaian dengan ruang rumah mereka.
Rundingan dan Site Visit secara PERCUMA!
Anda tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk meninjau semua Showroom yang sedia ada. Sebaliknya, kami akan datang ke rumah anda untuk:
Semuanya adalah PERCUMA!
Berhubung dengan kami di info@balikitchencabinet.com.my
atau WhatsApp kami sekarang di talian +6012 363 6410 untuk dapatkan appointment site visit kami secara percuma!
Lihat Lagi Dari BA LI KITCHEN CABINET