fbpx

Get 10% OFF

Get 10% OFF

Perbezaan Tabletop Granite dan Quartz Stone

Material tabletop jenis batu seperti Granite dan Quartz Stone adalah salah satu kegemaran terbaik ketika datang ke pemilihan meja dapur. Pelbagai corak dan warna menjadi faktor kenapa ramai yang gemarkan material meja dapur ini. Tapi, apa yang membezakan tabletop jenis Granite dan Quartz Stone yang ramai tidak tahu?

Granite vs Quartz Stone - 1

Sekilas Pandang

Granite adalah batu semula jadi; sementara Quartz Stone dihasilkan menggunakan batu kuarza semula jadi, pigmen dan resin. Quartz Stone tidak pernah dapat mengalahkan corak semula jadi Granite yang unik tetapi tersedia dalam pilihan warna yang lebih luas.

Ini adalah masa terbaik untuk anda membezakan di antara kedua-dua jenis material tabletop batu ini kerana ia akan memberi ciri-ciri berlainan untuk reka bentuk, fungsi serta keutamaan gaya dapur anda.

Granite vs Quartz Stone - 2

Faktor Yang Membezakan Granite dan Quartz Stone?

1. Penampilan

Perbezaan visual antara batu Granite dan Quartz Stone adalah pilihan tersendiri. Pilih tabletop Granite jika anda menyukai penampilan yang unik tetapi sedar bahawa keseragaman corak mungkin sukar dicapai. Quartz Stone, sebaliknya, tersedia dalam pelbagai warna, corak dan tekstur yang lebih luas.

2. Ketahanan

Kedua-dua material ini keras, dan tidak mudah pecah apabila dikendalikan dengan selamat dan dijaga dengan baik. Hal ini adalah biasa kerana material jenis batu ini dihasilkan untuk tahan lama. Namun, juga diingatkan bahawa batu juga adalah bahan yang rapuh dan bila dikenakan tekanan yang tinggi, ia akan retak.

Quartz Stone pula perlu dijaga dengan rapi, terutamanya bila ada sumber haba kerana ianya akan mudah tinggalkan kesan lecur pada permukaan meja dapur Quartz Stone.

Untuk info lanjut berkenaan dengan penjagaan meja dapur Quartz Stone, boleh klik disini.

3. Kos

Kedua-dua material Granite dan Quartz Stone bukan bahan yang murah memandangkan kualitinya menjadi meja dapur. Tetapi, perbelanjaan dari segi penyelenggaraan yang lebih rendah akan mengimbangi perbezaan harga, menjadikannya lebih bernilai dalam jangka masa panjang.

Tabletop Granite vs Quartz Stone - 4

Kesimpulannya...

Material tabletop jenis batu ini tak dinafikan menjadi satu kegemaran terbaik ketika datang ke pemilihan meja dapur. Anda sudahpun tahu serba sedikit mengenai faktor yang membezakan kedua-dua material meja dapur ini.

Kami harap agar panduan ringkas ini dapat membantu anda memilih antara Granite dan Quartz Stone yang sesuai dengan kegunaan, fungsi dan keutamaan dapur anda.

Ba Li Kitchen Cabinet adalah pengeluar kabinet dapur dan almari rumah terbesar di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dengan lebih 10 tahun pengalaman industri. Kami mempunyai reputasi dan pasukan yang berkaliber bagi membantu pelanggan kami untuk mendapatkan kabinet yang berpatutan serta bersesuaian dengan ruang rumah mereka.

Tiada masalah untuk merancang kabinet dapur baru anda dengan kami!

Rundingan dan Site Visit secara PERCUMA!

Anda tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk meninjau semua Showroom yang sedia ada. Sebaliknya, kami akan datang ke rumah anda untuk:

  • Ukur dapur anda.
  • Tunjukkan contoh reka bentuk & material kabinet/tabletop.
  • Lukiskan Design terbaik dan bersesuaian dengan ruang dapur anda.
  • Beri Quotation Kabinet yang TEPAT – tanpa ada cas tersembunyi.
 
Semuanya adalah PERCUMA!

Berhubung dengan kami di info@balikitchencabinet.com.my

atau WhatsApp kami sekarang di talian +6012 363 6410 untuk dapatkan appointment site visit kami secara percuma!

Lihat Lagi Dari BA LI KITCHEN CABINET

Leave a Reply