fbpx

Dapur Klasik Nyatoh Teras Jernang Bangi (11)

Cara membersihkan meja dapur Quartz Stone selalu menjadi pertanyaan dalam mengekalkan kualiti tabletop dapur. 

Hari ini, kami di Ba Ki Kitchen Cabinet ingin berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana untuk membersihkan serta langkah penjagaan tabletop Quartz Stone.

KITCHEN ISLAND - Apa Anda Perlu Tahu?

Sebelum itu, kita imbas kembali apa itu tabletop Quartz Stone.

Quartz Stone sebenarnya adalah produk batu yang mengandungi sebanyak 90-95 peratus bahan Quartz Stone dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan diikat dengan resin. Ini bukan kepingan Quartz Stone pepejal yang dihasilkan oleh pengkuarian. Quartz diciptakan sebagai alternatif yang lebih mudah disesuaikan dan berprestasi lebih baik daripada Granite dan marmar.

 

Untuk info lanjut mengenai material ini, boleh klik pada link ini.

Tumpahan di dapur sering berlaku semasa kita melakukan kerja-kerja dapur khususnya memasak. Apabila anda menumpahkan sesuatu di permukaan tabletop Quartz Stone, anda tak perlu risau, gunakan pembersih ringan seperti sabun dan semburkan di meja dapur itu. Selepas itu, gunakan kain lembut untuk mengelapnya. Elakkan pembersih kuat seperti pembersih yang mengandungi peluntur kerana ini akan merosakkan meja Quartz Stone anda.

Penjagaan Tabletop Quartz Stone

Untuk kesan minyak, anda boleh menggunakan span pembersih yang lembut, rendam kawasan tersebut dalam masa yang singkat untuk melonggarkan zarah-zarah yang likat. Kemudian gunakan kain untuk mengangkat dan menghilangkan noda.

Untuk kesan kotoran kering, anda boleh menggunakan pengikis plastik untuk mengikisnya. Anda dilarang untuk menggunakan pisau tajam tepat di meja Quartz Stone anda kerana ia akan mencalarkan meja dapur anda.

LANGKAH PENJAGAAN TABLETOP QUARTZ STONE

Bagaimana anda menjaga tabletop Quartz Stone setiap hari untuk meja dapur ini tahan lama? Ikuti langkah penjagaan dan penyelenggaraan ini supaya meja dapur anda dijaga dengan baik.

1. Bersihkan kotoran dengan kadar segera

Bersihkan kotoran sebaik sahaja tumpahan berlaku. Ini mengelakkan kesan kotoran tidak kering dan melekat kerana ianya akan kekal pada permukaan meja Quartz Stone pada jangka masa yang lama. Sebilangan besar pemilik dapur lebih suka mendapatkan Quartz Stone putih untuk corak permukaan dan gaya yang menarik. Oleh itu, pembersihan segera sejurus sahaja tumpahan berlaku sangat penting.

Penjagaan Tabletop Quartz Stone

2. Elakkan terlalu banyak beban/tekanan pada meja dapur Quartz Stone.

Jangan duduk, berdiri atau melompat di atas meja dapur ini kerana permukaannya boleh merekah dan pecah. Anda perlu tahu bahawa material Quartz Stone ini adalah material batu yang diproses. Sekiranya meja dapur anda terkelupas atau pecah, anda perlu berhubung dengan profesional untuk membaikinya. Anda mungkin perlu keluarkan kos baikpulih sekiranya berlaku kerosakan pada permukaan Quartz Stone.

Penjagaan Tabletop Quartz Stone
Kesan lecur yang ditinggalkan periuk panas pada permukaan Quartz Stone

3. Tidak meletakkan periuk panas pada Quartz Stone.

Quartz Stone sememangnya satu material yang tahan haba. Akan tetapi, bila anda meletakkan periuk panas yang bersuhu tinggi, ini boleh meninggalkan kesan lecur yang ketara pada permukaan meja dapur ini. Oleh sebab itu, anda perlu sediakan alas periuk untuk meletakkan periuk panas di atas meja dapur ini bagi mengelakkan kesan lecur ini berlaku.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi kami di

balikitchencabinet.com.my.my/contact-us/ 

Jangan lupa untuk mengikuti profil Instagram dan Facebook kami untuk info dan promosi terkini. Jangan ragu-ragu untuk terus berhubung dengan kami mengenai topik yang ingin anda lihat di blog kami.

Lebih Banyak blog

Aluminium vs Melamine

Two popular options that homeowners often consider are aluminium kitchen cabinets and melamine kitchen cabinets. Both materials have their own unique characteristics and advantages.
Read more

Follow Us On Our Socials

Ampang
Showroom
G-17, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima
68000 Ampang, Kuala Lumpur
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Shah Alam
Showroom
2A, Pusat Komersial Seksyen 7,
Jalan Plumbum P7/P,
40000 Shah Alam
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Seri Kembangan Showroom
D-1-2, Jalan Atmosphere 7,
Pusat Perniagaan The Atmosphere,
43300, Seri Kembangan
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Subang
Showroom
No. 1-1, Jalan U3/2 (BK)
Pusat Perniagaan Subang
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Rawang
Showroom
A7-1, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef
48000 Rawang, Selangor
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Sepang
Showroom
NO. 91-1 & 91-2, Jalan Warisan Sentral 1, KIP Sentral, Kota Warisan
43900 Sepang
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Build Your Dream
Kitchen With Us Today!
Get Discount Up to RM1,888 When Buy Kitchen Cabinet!
© 2024 BA LI KITCHEN CABINET (001838013-H)

Step 1 of 2

Select Appointment Type