fbpx

Get 10% OFF

Get 10% OFF

KESILAPAN RENOVATION RUMAH YANG ANDA PERLU ELAK

Sebelum berpindah dan mempunyai tempat yang selesa untuk tinggal bersama orang tersayang, semestinya anda ingin mengubahsuai rumah anda. Kesalahan pengubahsuaian sangat biasa, terutama di kalangan pemilik rumah baru.

Hari ini, kami kumpulkan 3 kesalahan utama pengubahsuaian rumah yang perlu anda elakkan.

Kesilapan Renovasi Rumah - 00
Photo by Tima Miroshnichenko (Pexels)

1. Memilih Syarikat yang Salah untuk Pengubahsuaian Rumah

 

Adalah penting untuk memilih syarikat yang memahami keperluan anda dengan reka bentuk yang anda sukai. Semasa memilih, penting untuk mempertimbangkan kualiti kerja, reputasi mereka di pasaran dan juga perkhidmatan yang mereka berikan.

Kini, anda boleh mencari serta membandingkan syarikat yang ada secara online untuk anda pilih syarikat mana yang berkebolehan. Sentiasa berbincang dengan beberapa pereka atau syarikat sebelum membuat keputusan untuk mengendalikannya.

 
Kesilapan Renovasi Rumah - 01
Photo by Kindel Media (Pexels)

2. Tiada Perancangan Masa yang Bersesuaian

 

Selalu merancang garis masa anda untuk kerja-kerja pengubahsuaian untuk menyelesaikan kerja-kerja renovasi rumah. Hal ini kerana garis masa yang tergesa-gesa tidak pernah baik untuk kediaman impian anda. Ini membuatkan hasil kerja renovasi yang tidak berkualiti serta boleh menyebabkan kerugian jika terdapat masalah pada projek renovation rumah anda.

Penting untuk berbincang dengan teliti dengan perunding anda agar mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan pekerjaan. Ingat juga untuk meluangkan masa tambahan sekiranya berlaku kelewatan.

Kesilapan Renovasi Rumah - 03
Photo by Thirdman (Pexels)

3. Kajian Sifar Mengenai Reka Bentuk

Sebelum memulakan projek renovasi, kami sangat mengesyorkan agar anda membuat kaji selidik secara online untuk memahami apa yang anda mahukan untuk reka bentuk rumah anda.

Seperti yang disebutkan dalam blog kami, “Tips Ubahsuai Rumah Anda“, anda boleh dapatkan inspirasi melalui media sosial yang berbeza dan menunjukkannya kepada pereka dalaman atau perunding anda.

Kami juga ingin mengingatkan anda untuk sentiasa memilih reka bentuk abadi, klasik dan minimalis yang akan tetap relevan selepas beberapa dekad.

4. Pilih Hanya Berdasarkan Harga

Kami faham bahawa penting untuk anda inginkan anggaran harga untuk tetapkan bajet mengikut keperluan. Namun, pertimbangkan rumah ini adalah tempat tinggal selama 10 hingga 20 tahun akan datang, atau lebih lama lagi. Penting untuk memilih bahan berkualiti tinggi dan syarikat yang boleh dipercayai untuk menangani pengubahsuaian anda.

Kitchen Planner

Oleh itu, kami di Ba Li Kitchen Cabinet ada sediakan servis consultation kabinet rumah. Anda boleh datang ke Showroom kami di Ampang, Shah Alam atau Seri Kembangan, dan kami akan berikan consultation kabinet rumah yang anda mahukan, mengikut keperluan bajet dan citarasa anda.

Kesilapan Renovasi Rumah
Photo by Cottonbro (Pexels)

5. Mempunyai Anggaran yang Tidak Realistik

Sambungan dari point ke-4 tadi, anggaran harga sesuatu pengubahsuaian adalah satu keperluan bila anda ingin merancang satu projek renovasi besar. Namun, masih terdapat sebilangan pemilik rumah cenderung untuk mengambil ringan tentang kos renovasi, lantas mereka tetapkan anggaran harga yang tidak realistik.

Bukan apa, sekadar peringatan bahawa rumah yang lebih besar sama dengan kos yang diperlukan untuk pengubahsuaian. Luangkan sejumlah wang tambahan sebagai “backup” sekiranya anda terlepas beberapa bahagian dalam perancangan atau memutuskan sesuatu yang lebih mahal.

Photo by Karolina Grabowska

SECARA KESELURUHANNYA...

Perancangan masa dan belanjawan yang dibuat pada peringkat awal renovasi rumah adalah sangat penting. Hal ini kerana anda boleh menyimpan sedikit sebanyak baki wang tersebut untuk membeli aksesori rumah yang lain.

Anda juga perlu diingatkan untuk berwaspada dengan syarikat-syarikat kontrator renovasi rumah yang professional serta berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)

Ianya sangat penting kerana kontraktor yang tidak berdaftar mungkin memberi renovasi yang berkualiti rendah dan mungkin akan ada penyelewengan yang boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Sekiranya anda masih lagi mencari idea pengubahsuaian dapur ataupun rumah, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

Kami di Ba Li Kitchen Cabinet dengan senang hati akan menjawab soalan anda dan berkongsi idea kami.

Tiada masalah untuk merancang kabinet dapur baru anda dengan kami!

Rundingan dan Site Visit secara PERCUMA!

Anda tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk meninjau semua Showroom yang sedia ada. Sebaliknya, kami akan datang ke rumah anda untuk:

  • Ukur dapur anda.
  • Tunjukkan contoh reka bentuk & material kabinet/tabletop.
  • Lukiskan Design terbaik dan bersesuaian dengan ruang dapur anda.
  • Beri Quotation Kabinet yang TEPAT – tanpa ada cas tersembunyi.
 
Semuanya adalah PERCUMA!

Berhubung dengan kami di info@balikitchencabinet.com.my

atau WhatsApp kami sekarang di talian +6012 363 6410 untuk dapatkan site visit appointment kami secara percuma!

Lihat Lagi Dari BA LI KITCHEN CABINET