fbpx

Apa Yang Anda Perlu Tahu
Tentang Kabinet Dapur
Melamine

Kabinet Dapur Melamine sangat sinonim dengan harga yang berpatutan serta kualiti yang baik. Mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak, ini menjadikan material Melamine ini menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi pada pemilik rumah yang baru sahaja memiliki rumah pertama mereka.

Mari kita kenal apa yang dimaksudkan dengan material Melamine dengan sifat-sifatnya yang tahan lasak.

Apa Itu Melamine?

Melamine adalah satu material yang diperbuat daripada cip-cip kayu yang termampat (Compressed Woodchip) dengan pengikat atau gam yang diperkuat dan disalut dengan lapisan laminated sebagai kemasan. Ia membuatkan papan Melamine menjadi padat lalu membuatkan ia kalis lembapan air serta tahan lasak.

Lapisan Papan Melamine
Lapisan Papan Melamine

Jenis papan Melamine yang kami guna adalah Decorative Melamine Faced Chipboard (MFC) yang terdiri daripada lapisan Laminated Melamine yang diperkuat membuatkan papan Melamine menjadi padat serta kalis air. Pelbagai corak dan variasi warna yang boleh dipilih untuk tema kabinet dapur mengikut citarasa anda. 

Koleksi corak dan warna kemasan Melamine kami mempunyai lebih daripada 100+ pilihan yang anda boleh pilih – daripada Warna Solid, Textured Surface, Corak Kayu, Batu-batuan seperti Quartz Stone, Granite dan sebagainya.

Melamine Faced Chipboard (MFC)
Decorative Melamine Faced Chipboard (MFC) – Pelbagai corak dan variasi warna yang boleh dipilih.

Untuk bahagian sisi papan Melamine, kami menggunakan “ABS Edging” sebagai tetapan asal untuk melitupi sisi lapisan kayu termampat daripada terdedah dan menampakkan sisi papan yang kemas.

ABS Edging
ABS Edging

Anda juga boleh pilih “Aluminium Edging” untuk menampakkan sisi pintu kabinet yang lebih moden.

Aluminium Edging
Aluminium Edging

Apa Kelebihan Kabinet Dapur Melamine?

Melamine sangat popular dalam kalangan pemilik rumah kerana nilainya yang berpatutan. Hal ini bukan sahaja disenangi semua pemilik rumah yang baru sahaja ingin mengubah suai rumah pertama mereka malahan dapat meringankan kos perbelanjaan mereka.

Pelbagai koleksi corak dan warna kemasan Melamine kami yang anda boleh pilih mengikut tema dapur anda. Kemasan pada permukaan lapisan laminated melamine mempunyai tekstur yang lembut, bersih dan juga tidak mudah pudar.

Kayu termampat yang dicampur bersama pengikat dan gam diperkuat juga membuatkan papan Melamine menjadi padat, membuatkan ia kalis lembapan air serta tahan lasak.

Selain itu, antara kelebihan lain bagi material Melamine ini juga termasuklah:

  • Tahan Haba
  • Tahan Calar
  • Mudah  untuk dibersihkan

Kenapa Pilih Melamine?

Penggunaan material melamine sebagai kemasan kabinet dapur menjadi pilihan popular dalam kalangan pemilik rumah kerana ianya tahan lasak, mempunyai pelbagai corak dan pilihan warna serta harga yang berpatutan.

Material ini sesuai untuk konsep dapur yang bertemakan Moden, mahupun Tropika jika anda ingin serapkan corak-corak kayu pada dapur anda. dan juga sebagai alternatif untuk kabinet simpan barang yang dibina berdekatan dengan ruang peti sejuk dan ketuhar.

galeri dapur MELAMINE

Previous
Next

Tidak perlu segan silu untuk berhubung dengan kami di Ba Li Kitchen Cabinet sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kabinet dapur melamine.

Melalui rundingan, kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, cadangan serta quotation yang bersesuaian dengan keperluan dapur idaman anda


Dapatkan Dapur Melamine


Dapatkan Dapur Melamine

Anda juga boleh dapatkan anggaran harga Kabinet Dapur Kami melalui laman sesawang Instant Quotation kami.

Anda boleh pilih Material Kabinet Dapur, Tabletop, Unit Kabinet dan tetapkan ukuran dapur yang anda mahukan.

Klik disini untuk dapatkan Instant Quotation kami!

Aluminium vs Melamine

Two popular options that homeowners often consider are aluminium kitchen cabinets and melamine kitchen cabinets. Both materials have their own unique characteristics and advantages.
Read more

Follow Us On Our Socials

Ampang
Showroom
G-17, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima
68000 Ampang, Kuala Lumpur
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Shah Alam
Showroom
2A, Pusat Komersial Seksyen 7,
Jalan Plumbum P7/P,
40000 Shah Alam
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Seri Kembangan Showroom
D-1-2, Jalan Atmosphere 7,
Pusat Perniagaan The Atmosphere,
43300, Seri Kembangan
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Subang
Showroom
No. 1-1, Jalan U3/2 (BK)
Pusat Perniagaan Subang
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Rawang
Showroom
A7-1, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef
48000 Rawang, Selangor
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Sepang
Showroom
NO. 91-1 & 91-2, Jalan Warisan Sentral 1, KIP Sentral, Kota Warisan
43900 Sepang
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Build Your Dream
Kitchen With Us Today!
Get Discount Up to RM1,888 When Buy Kitchen Cabinet!
© 2024 BA LI KITCHEN CABINET (001838013-H)

Step 1 of 2

Select Appointment Type