fbpx

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Apa Yang Anda Perlu Tahu
Tentang Kabinet Dapur
4G Glass

Jika anda inginkan tema dapur yang moden minimalis, 4G Glass atau Acrylic adalah material yang sesuai untuk kabinet dapur anda. Dengan sifat kacanya yang yang sama seperti 3G Glass, reka bentuk pintu kabinet 4G Glass yang ditambahbaik pastinya menjadikan tema dapur yang lebih kemas dan efektif untuk anda memasak nanti.

Untuk blog ini, mari kita kenal apa penambahbaikan material 4G Glass yang menarik minat ramai pemilik rumah moden.

Apa Itu 4G Glass?

Material 4G Glass diperbuat daripada kaca yang disembur cat dan kemudian ia ditambah baik dengan profil rangka aluminium yang tersembunyi (hidden profile aluminium edging). Ini menjadikan rangka aluminium pada bahagian sisi pintu kabinet tidak kelihatan.

Sampel Kabinet Pintu 4G Glass
Sampel Pintu Kabinet 3G Glass

Reka bentuk rangka 4G Glass yang ditambahbaik ini membuatkan kabinet dapur 4G ini lebih kemas dan moden berbanding dengan 3G Glass. Bak kata orang-orang sekarang – lagi sleek!

Aluminium Edging 4G Glass
Sisi Tepi Aluminium pada Pintu Kabinet 4G Glass

Apa Kelebihan 4G Glass?

Berkongsikan ciri-ciri yang sama seperti 3G Glass juga, material ini mempunyai pelbagai pilihan warna untuk anda pilih dengan permukaan kaca yang berkilat serta kalis air sesuai untuk kegunaan dapur harian anda.

Pelbagai variasi warna yang boleh dipilih untuk tema kabinet dapur mengikut citarasa anda. Sama ada anda inginkan tema moden yang minimalis dan simple dengan kilat kaca serta bingkai aluminium yang tersembunyi.

Kenapa Pilih 4G Glass?

Jika anda inginkan penampilan kabinet dapur yang berkilat dan konsep dapur yang bertemakan Moden Minimalis, maka material 4G Glass ini sangat sesuai untuk dapur anda.

Dengan rekabentuk pintu 4G Glass yang lebih elegan, ianya sangat bersesuaian dengan konsep dapur Moden dengan ciri pintu kabinet yang lebih kemas.

GALERI DAPUR 4G

Tidak perlu segan silu untuk berhubung dengan kami di Ba Li Kitchen Cabinet sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis kabinet dapur kami.

Melalui rundingan, kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, cadangan serta quotation yang bersesuaian dengan keperluan dapur idaman anda

Anda juga boleh dapatkan anggaran harga Kabinet Dapur Kami melalui laman sesawang Instant Quotation kami.

Anda boleh pilih Material Kabinet Dapur, Tabletop, Unit Kabinet dan tetapkan ukuran dapur yang anda mahukan.

Klik disini untuk dapatkan Instant Quotation kami!

ms_MYMS
Powered by TranslatePress