
Jika anda inginkan tema dapur yang moden dan futuristik, 3G Glass adalah material yang sesuai untuk kabinet dapur anda. Ramai pemilik rumah yang berminat untuk buat kabinet dapur dengan material ini. Dengan sifat permukaan kacanya yang berkilat serta kalis lembapan air, anda pastinya inginkan dapur yang efektif untuk anda memasak nanti.
Mari kita kenal apa itu material 3G Glass.
3G Glass diperbuat daripada kaca yang disokong oleh papan lapis di bahagian belakang. Nama “3G Glass” ini datang daripada terma “3rd-generation glass”, serta bentuk bingkai besi aluminium pada sisi kaca 3G ini juga. Ia mempunyai 2 jenis kemasan warna – iaitu 1) Spray Paint dan 2) Solid Color Sticker/Film.
Rangka 3G Glass ini pula dibuat dari aluminium (Non-hidden profile). Dengan sisi tepi aluminium yang selari dengan ukuran pintu dan juga terdapat saluran aluminium yang berfungsi sebagai pemegang pintu.
Material 3G Glass yang digunakan adalah yang bermutu tinggi. Ia mempunyai permukaan kaca yang berkilat dan sememangnya kalis air. Jadi anda tak perlu risau akan kotoran, minyak dan tumpahan air, pintu kabinet 3G Glass senang untuk dibersihkan.
Pelbagai variasi warna yang boleh dipilih untuk tema kabinet dapur mengikut citarasa anda. Sama ada anda inginkan tema moden yang glossy dan futuristik dengan kilat kaca serta bingkai aluminium pada pintu kabinet. Anda juga boleh buat tema dapur dengan 2 ton warna kesukaan anda.
Jika anda inginkan penampilan kabinet dapur yang berkilat dan konsep dapur yang bertemakan Moden, maka anda boleh pertimbangkan material 3G Glass ini.
Material kaca 3G yang digunakan sangat tahan dan mudah untuk dibersihkan. Anda tak perlu risau bila anda memasak, tiba-tiba ada kotoran pada pintu kabinet dapur anda. Anda boleh lap dengan kain yang lembap untuk bersihkan kotoran itu dengan mudah.
Maka, kabinet dapur 3G Glass ini sangat efisien untuk kegunaan harian anda.
Previous
Next
Tidak perlu segan silu untuk berhubung dengan kami di Ba Li Kitchen Cabinet sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis kabinet dapur kami.
Melalui rundingan, kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, cadangan serta quotation yang bersesuaian dengan keperluan dapur idaman anda
Dapatkan Dapur 3G Glass
Dapatkan Dapur 3G Glass
Anda juga boleh dapatkan anggaran harga Kabinet Dapur Kami melalui laman sesawang Instant Quotation kami.
Anda boleh pilih Material Kabinet Dapur, Tabletop, Unit Kabinet dan tetapkan ukuran dapur yang anda mahukan.