fbpx

Kabinet Dapur Apartment adalah salah satu perabot rumah yang terkesan atas sebab ukuran luas rumah yang terhad. Hari ini, rumah di kawasan bandar dibina dalam saiz kecil kerana nilai tinggi harta tanah dan kepadatan penduduk. Oleh kerana itu, semakin banyak orang yang inginkan reka bentuk kabinet dapur apartment yang minimalis untuk mendapatkan hasil maksima – tanpa mengorbankan susun aturnya.

Bagi mereka yang mencari idea pengubahsuaian dapur kondominium atau apartment, berikut adalah beberapa reka bentuk kabinet dapur apartment yang trending untuk anda terokai.

1.

Dapur Nyatoh Grey @ Pangsapuri Seri Utama Puchong​

Dapur Apartment - Pangsapuri Seri Utama Puchong

Dapur Nyatoh moden yang dicat khas dengan Kelabu Cerah memberikan ruang dapur yang tenang. Penggunaan warna lembut juga membuatkan ruang dapur anda lapang walaupun memiliki ruang yang terhad.

Kabinet ini juga disertakan dengan meja dapur Quartz Stone bercorak marmar ini juga memberikan karakter dapur yang elegan.

MATERIAL PINTU KABINET

SOLID NYATOH (WITH CUSTOM SPRAY PAINT)

TABLETOP

QUARTZ STONE

2.

Dapur Dua Tona @ PPA1M Seruling, Putrajaya​

Dapur Apartment - Putrajaya

Dapur Nyatoh moden yang dicat khas dengan dua tona warna putih dan hitam sememangnya lain daripada yang lain. Ia memiliki daya tarikan yang harmoni dalam gaya rumah ini dan tampak lebih istimewa bagi pemilik rumah ini.

Dapur ini memberikan suasana dapur yang elegan. Dengan reka bentuk pintu kabinet kayu Nyatoh yang padu serta kemasan pemegang pintu yang tersendiri, ianya menjadikan satu pelaburan yang tidak ternilai buat dapur idaman anda.

MATERIAL PINTU KABINET

SOLID NYATOH (WITH CUSTOM SPRAY PAINT)

TABLETOP

QUARTZ STONE

3.

Dapur Melamine dengan Kaunter Bar @ KL Traders Square​

Dapur Apartment - KL Traders Square

Salah satu trend terbesar hari ini adalah kaunter bar dapur. 

Maksimumkan ruang anda dengan menggunakan kaunter bar atau meja makan tinggi dengan kerusi tinggi sebagai pemisah antara kawasan dapur anda dan bahagian rumah anda yang lain.

Kaunter bar Granite ini juga akan menjadikan dapur anda kelihatan cantik dan tanpa mengorbankan ruang makan anda.

MATERIAL PINTU KABINET

MELAMINE

TABLETOP

GRANITE

4.

Dapur Melamine Putih @ Gemilang Indah Apartments, Old Klang Road

Dapur Apartment - Gemilang Indah Apartments Old Klang Road

Putih sangat sinonim dengan reka bentuk dapur minimalis. Hal ini demikian kerana, warna putih memantulkan cahaya membuatkan ruang dapur menjadi luas.

Pemilihan tekstur papan Melamine juga boleh menjadi faktor untuk mempelbagaikan corak pada pintu kabinet dapur anda.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana warna putih sangat mudah untuk kelihatan kotor dan anda perlu bersihkannya secepat yang mungkin.

MATERIAL PINTU KABINET

MELAMINE

TABLETOP

QUARTZ STONE

5.

Dapur Melamine Hitam @ Selangorku Prima Lakefront, Cyberjaya​

Dapur Apartment - Selangorku Prima Lakefront, Cyberjaya

Dapur Melamine mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menggayakan dapur anda dengan warna hitam.

Dapur Hitam menjadi satu tumpuan pada ruang dapur anda kerana ianya menjadi kontra pada dinding rumah anda yang cerah. Jadi, bila keluarga atau kenalan anda datang ke rumah anda, semestinya dapur hitam ini menjadi perhatian mereka.

MATERIAL PINTU KABINET

MELAMINE

TABLETOP

Solid Surface

6.

Dapur Dua Tona @ Hillpark Residence, Kajang

Dapur Apartment - Hillpark Residences

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk dapatkan tona semburan cat yang harmoni, anda mungkin akan suka dengan kabinet dua tona Melamine ini. Dapur ini menjadikan dua tona warna yang berlainan – tona kayu di kabinet bawah dan tona hitam pada kabinet dinding.

Anda tak perlu risau, Kabinet Melamine sememangnya mempunyai pelbagai pilihan warna, corak dan tekstur pintu kabinet yang boleh anda pilih untuk jayakan kabinet dapur dua tona anda.

MATERIAL PINTU KABINET

MELAMINE

TABLETOP

CONCRETE

7.

Dapur Moden Acrylic @ PPA1M Seruling, Putrajaya

Handleless Cabinet Door - 5

Dapur Moden Acrylic memberikan gaya dapur yang sleek dengan kilauan pintu kabinet serta reka bentuk yang licin. Ia memberikan kemasan yang lebih anggun dan canggih dengan reflektif seperti cermin.

Berbeza dengan material pintu kaca yang lain, material Acrylic ini tidak mudah pecah, merekah atau kotor. Jadi ianya sangat mudah untuk dibersihkan apabila terdapat kotoran pada pintu kabinet ini.

MATERIAL PINTU KABINET

ACRYLIC

TABLETOP

QUARTZ STONE

Memiliki ruang dapur yang kecil tidak bermaksud anda perlu korbankan impian anda untuk reka bentuk dapur idaman anda!

Dari idea penyimpanan dapur hingga petua rak pintar, anda boleh menjadikan dapur terkecil menjadi satu tempat kerja yang efisien untuk keperluan anda memasak. Dengan susun atur dapur dan pulau dapur kecil, serta aksesori dan perkakasan dapur yang bersesuaian dengan tema dapur, anda mungkin dapat memanfaatkan semua yang anda inginkan di dapur idaman anda.

Kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan reka bentuk dapur idaman anda! Melalui konsultasi, kami akan berikan reka bentuk, cadangan serta anggaran harga yang bersesuaian dengan ukuran, bajet dan keperluan ruang dapur anda.

Hubungi kami di Ba Li Kitchen Cabinet untuk dapatkan info lanjut mengenai kabinet dapur kami!


Dapatkan Quotation Dapur


Dapatkan Quotation Dapur

Lebih Banyak Projek

Aluminium vs Melamine

Two popular options that homeowners often consider are aluminium kitchen cabinets and melamine kitchen cabinets. Both materials have their own unique characteristics and advantages.
Read more

Follow Us On Our Socials

Ampang
Showroom
G-17, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima
68000 Ampang, Kuala Lumpur
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Shah Alam
Showroom
2A, Pusat Komersial Seksyen 7,
Jalan Plumbum P7/P,
40000 Shah Alam
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Seri Kembangan Showroom
D-1-2, Jalan Atmosphere 7,
Pusat Perniagaan The Atmosphere,
43300, Seri Kembangan
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Subang
Showroom
No. 1-1, Jalan U3/2 (BK)
Pusat Perniagaan Subang
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 012-969-0962 (Nic)

Click below for direction!
Rawang
Showroom
A7-1, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef
48000 Rawang, Selangor
Tel: 017-317-3070 (Ben Wai)

Click below for direction!
Sepang
Showroom
NO. 91-1 & 91-2, Jalan Warisan Sentral 1, KIP Sentral, Kota Warisan
43900 Sepang
Tel: 012-890-8690 (Wenyi)

Click below for direction!
Build Your Dream
Kitchen With Us Today!
Get Discount Up to RM1,888 When Buy Kitchen Cabinet!
© 2024 BA LI KITCHEN CABINET (001838013-H)

Step 1 of 2

Select Appointment Type