fbpx

Get 10% OFF

Get 10% OFF

"Handleless Cabinet" Untuk Gaya Dapur Terkini

Dapur jenis “handleless” menjadi satu gaya dapur yang paling popular dengan penampilan dapur yang minimalis dan sleek.

Handleless Cabinet Door - 1

Apa itu "Handleless Cabinet Door"

Terdapat pelbagai pilihan, seperti gaya “true handleless” yang dibuat dengan memasukkan saluran stainless steel padat di barisan atas kabinet. Ini mewujudkan jurang untuk jari anda di antara bahagian atas pintu atau laci dan bahagian bawah meja. Jari anda melengkung di tepi permukaan dan ke belakang pintu atau laci, menariknya ke hadapan untuk dibuka.

Ada juga yang dikenali sebagai “J-pull handle”. Ini merujuk kepada alur berbentuk J di bahagian atas atau bawah pintu yang membolehkan anda membukanya.

Untuk Ba Li Kitchen Cabinet, pintu kabinet “handleless” kami dibuat dengan alur 30 darjah yang merujuk kepada jenis unit kabinet – kedudukan atas atau sisi kabinet untuk base cabinet unit, dan bahagian bawah kabinet untuk wall cabinet unit.

Tapi, kenapa “handleless cabinet door”? Mari, saya kongsikan beberapa sebab.

1. Penampilan Lebih Kemas

Dapur tanpa pemegang memberikan gaya moden yang lebih elegan. Ini memberi peluang kepada pemilik rumah untuk memperkenalkan garis halus yang kemas di dapur dan yakin bahawa penampilan dapur yang mudah dan minimalis tidak akan pernah ketinggalan zaman.

Handleless Cabinet Door

2. Ruang Dapur Lebih Luas

Dapur jenis “handleless cabinet door” adalah pilihan yang sangat baik, terutama untuk dapur kecil atau padat. Hal ini demikian kerana reka bentuk rata terasa ringan dan luas. Kabinet dapur yang ringkas namun praktikal tanpa pemegang memberikan ruang yang lebih luas dan aliran komponen dapur yang ramping, terutamanya dalam pintu berkilat berwarna putih atau hitam seperti Acrylic.

BLKC2020-Acrylic-Melamine-Sg Long-02

3. Praktikal

Bila dibandingkan dengan pemegang pintu kabinet yang lebih tradisional, memang tak dinafikan dengan keberkesanannya untuk membuka pintu kabinet. Tapi, tak semestinya pintu kabinet “handleless” tak dapat tandinginya. 

“Handleless cabinet” senang juga untuk dibuka, terutamanya dengan mekanisme “push-open or soft-close“. Mekanisme pintu kabinet jenis ini bukan sahaja disatukan dengan sistem pintu “soft-close“, tetapi ia juga membolehkan anda untuk membuka pintu kabinet hanya dengan menekan sahaja.

Handleless Cabinet Door - 5

SECARA KESELURUHANNYA...

Bayangkan penampilan dapur anda kemas dan elegan dengan penggunaan pintu kabinet jenis “handleless”. Anda pasti terpesona dengan gaya dapur moden yang lebih efisien di samping memberikan suasana dapur yang luas.

Sekiranya anda masih lagi mencari idea pengubahsuaian dapur, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

Kami di Ba Li Kitchen Cabinet dengan senang hati akan menjawab soalan anda dan berkongsi idea kami.

Tiada masalah untuk merancang kabinet dapur baru anda dengan kami!

Rundingan dan Site Visit secara PERCUMA!

Anda tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk meninjau semua Showroom yang sedia ada. Sebaliknya, kami akan datang ke rumah anda untuk:

  • Ukur dapur anda.
  • Tunjukkan contoh reka bentuk & material kabinet/tabletop.
  • Lukiskan Design terbaik dan bersesuaian dengan ruang dapur anda.
  • Beri Quotation Kabinet yang TEPAT – tanpa ada cas tersembunyi.
 
Semuanya adalah PERCUMA!

Berhubung dengan kami di info@balikitchencabinet.com.my

atau WhatsApp kami sekarang di talian +6012 363 6410 untuk dapatkan site visit appointment kami secara percuma!

Lihat Lagi Dari BA LI KITCHEN CABINET