fbpx

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Dapatkan Cash Rebate Sehingga RM1,888

Dapur Sky Awani 3 residence, Setapak

Sky Awani 3 Residence

REKA BENTUK

L Shape Modern Kitchen

MATERIAL PINTU KABINET

Melamine

TABLETOP

Quartz Stone

Layout Dapur Berbentuk L sangat sinonim untuk ruang dapur yang kecil, terutamanya rumah kondominium di Sky Awani 3, Setapak, Kuala Lumpur. Dengan kadar keluasan rumah lebih kurang dalam 800 sqft hingga 900 sqft, anda tidak perlu risau untuk tatahias dapur mengikut citarasa anda.

Kabinet dapur Melamine semakin popular di kalangan pereka dapur moden kerana jenis material yang mempunyai pelbagai pilihan tekstur yang boleh dipilih mengikut citarasa dapur yang anda inginkan. Bahan ini juga sangat tahan lama dengan penyelenggaraan yang betul.

Sky Awani 3 Residence

Reka bentuk dapur moden yang menggunakan pintu kabinet Melamine dengan penggunaan tona warna putih pada unit kabinet dapur anda. Ia sekaligus membuatkan ruang dapur anda lebih luas dan menenangkan.

Untuk hiasan dapur di Sky Awani, kemasan tekstur kayu Melamine dipadankan dengan meja dapur Quartz Stone “marble white” juga menjadi pilihan pemilik rumah ini bagi memberikan ciri dapur yang versatil.

Apabila berkaitan dengan reka bentuk dapur, ini bermakna keprihatinan adalah dua kali ganda untuk mewujudkan ruang dapur yang selesa, mesra dan bergaya dengan fungsi dapur yang efisien. Ruang penyimpanan juga perlu diambil kira dalam memaksimumkan ruang dapur sedia ada.

Tall Cabinet hadir dengan ruang yang mencecahi siling dapur, berfungsi sebagai storan serta salah satu asas susunan ketuhar bagi memudahkan anda membakar kek khususnya. Ia juga boleh menjadi pembahagi ruang barang mengikut kemahuan anda untuk memudahkan kerja ikut fungsinya.

Sky Awani 3 Residence
Sky Awani 3 Residence

Berpandukan kedudukan paip, plag elektrik, pengcahayaan dan pengudaraan (tingkap), serta segi tiga kerja dapur (kitchen work triangle), susun atur dapur berbentuk-L dengan kabinet tinggi untuk ketuhar, dan mesin kopi sangat sesuai untuk memberikan ruang penyimpanan yang maksimum serta penggunaan ruang dapur kondominium yang optimum.

Sky Awani 3 Residence

Inginkan design dapur anda seperti ini?

Hubungi kami di Ba Li Kitchen Cabinet untuk anda dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kabinet dapur kami seperti di Sky Awani 3, Setapak Kuala Lumpur.

Kami sedia untuk membantu anda untuk dapatkan design, consultation serta quotation yang bersesuaian untuk dapur idaman anda.

Lebih Banyak Projek