fbpx

Get 10% OFF

Get 10% OFF

DAPUR BASAH
DAN DAPUR KERING:
APA BEZANYA?

Pada masa ini, trend terbaru dapur rumah ini adalah untuk memisahkan dapur lengkap menjadi zon basah dan kering sehingga menyesuaikan dengan gaya hidup kita yang berubah-ubah. Berikut adalah beberapa perkara asas yang harus diingat semasa merancang dapur basah dan kering untuk kediaman anda.

Secara amnya, dapur basah ialah tempat di mana aktiviti memasak dijalankan, manakala dapur kering pula menjadi tempat persiapan hidangan seperti mencuci, memotong, serta membersihkan bahan-bahan hidangan.

Pemisahan antara dua dapur ini bukan sahaja membantu mengatur dan menguruskan tugas yang berbeza di dapur, tetapi juga lebih baik bagi kerja-kerja dapur yang mengandungi minyak dan asap ke bahagian dapur basah.

Ia sekaligus memelihara kebersihan keseluruhan dapur dan nilai tarikan reka bentuk dan tatahias dapur anda. Mari kita lihat lagi kedua-dua dapur ini serta perbezaannya.

"DAPUR BASAH" TU APA?

Dapur Basah dikatakan sebegini adalah kerana kesemua kerja-kerja memasak, menyediakan bahan-bahan masakan dilakukan di sini.

 

Dapur Basah
Ambil mood masak ala2 Chef sikit eheheheheh

Kerja-kerja dapur seperti menyiang dan membersihkan bahan seperti daging dan ikan, serta menggoreng atau memasak makanan yang mempunyai bau yang kuat. Ia juga boleh menyebabkan kotoran seperti minyak, tumpahan hidangan seperti sambal, sup, kari dan lain-lain lagi.

Dapur Basah
"Dapur Basah" tak semestinya bermaksud dapur yang basah dengan air 😹

Sinki dan peralatan memasak seperti dapur gas dan ketuhar diletakkan di kawasan ini. Ia adalah keperluan bagi kerja-kerja dapur masak yang lebih cenderung dengan banyak kerja pembersihan jika dibandingkan dengan dapur kering.

Apa yang perlu ada dalam Dapur Basah?

Bagi susun atur Dapur Basah, adalah jadi keutamaan untuk menetapkan dapur  memasak di kawasan yang berhampiran dengan tingkap. Ini bukan sahaja menjadikan pengudaraan dapur lebih baik, malahan ia membantu pengedaran udara serta mengurangkan bau, pembiakan kulat serta memberi pengcahayaan dapur yang cerah pada waktu siang.

 

Dapur Taman Taynton Cheras

Beberapa perkakas dapur yang selalu ada dalam kebanyakan dapur basah termasuklah:

  • Hood dan Hob Dapur
  • Sinki dan Paip Air
  • Periuk Nasi
  • Peti Sejuk
  • Pisau dan Papan Pemotong
  • Bekas Set Perasa (Garam, Gula, Lada Hitam), dan bermacam lagi.

 

Dapur Grand Classic Chloe Residence

DAPUR KERING NI APA PULA?

Untuk dapur kering pula, ia sering digunakan untuk menyediakan makanan ringan dan dijadikan tempat untuk melayan tetamu (sekiranya ada tempat duduk pada meja dapur/kaunter bar).

Dapur Kering

Selalunya, dapur ini diletakkan peralatan dapur seperti peti sejuk, pembancuh kopi, dan ketuhar gelombang mikro. Ia juga kurang memerlukan kerja pembersihan berbanding dapur basah kerana kita hanya melakukan kerja dapur yang minimal.

Apa yang perlu ada dalam Dapur Kering?

Bila cerita mengenai reka bentuk dapur ini, disinilah tempat untuk anda gayakan tatahias dapur rumah anda. Daripada pintu kabinet, meja dapur, lampu hiasan hingga ke susun atur dapur yang bergaya menjadikan ia salah satu tempat para tetamu rumah anda tertarik.

Penggunaan warna dan corak kabinet, meja serta jubin dapur yang menonjol mewujudkan elemen yang lebih ceria dan harmoni.

Dapur Kering

Antara perkakas dapur yang ada dalam dapur kering adalah:

  • Ketuhar Pembakar / Ketuhar Gelombang Mikro
  • Pembakar Roti
  • Mesin Pembuat Kopi
  • Dapur elektrik jenis Induction
  • Mesin Penapis Air
  • Set pinggan mangkuk dan utensil (sudu, garfu, pisau), dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, anda juga tidak salah untuk tetapkan sinki dan paip air pada dapur ini. Ini akan memudahkan lagi kerja dapur anda untuk mencuci peralatan dapur tanpa menuju ke bahagian dapur basah.
Dapur Kering

KESIMPULANNYA...

Bergantung kepada keluasan dapur rumah serta gaya hidup anda, memiliki dua bahagian dapur ini boleh memberikan kelebihan pada anda dari segi fungsi dapur serta nila estetika rumah anda.

Walaupun begitu, anda masih boleh lengkapkan fungsi kedua bahagian dapur ini pada rumah anda sebagaimana anda ingin menyusun atur ruang serta reka bentuk dapur mengikut keperluan dan citarasa anda.

Idea Kabinet Dapur Gelap

Ingin merancang kabinet rumah baru anda?

Kami sediakan Rundingan
dan Site Visit secara PERCUMA!

Anda tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk meninjau semua Showroom yang sedia ada. Sebaliknya, kami akan datang ke rumah anda untuk:

  • Ukur ruang bilik rumah anda.
  • Tunjukkan contoh reka bentuk & material kabinet/tabletop.
  • Lukiskan Design terbaik dan bersesuaian dengan ruang dapur anda.
  • Beri Quotation Kabinet yang TEPAT – tanpa ada cas tersembunyi.
 
Semuanya adalah PERCUMA!

Berhubung dengan kami di info@balikitchencabinet.com.my

atau WhatsApp kami sekarang di talian +6012 363 6410 untuk dapatkan appointment site visit kami secara percuma!

Lihat Lagi Dari BA LI KITCHEN CABINET